Wednesday, 19 November 2014

Wanita syurga

Pasti setiap wanita impikan syurga,tetapi perlu menjalani ibadah yang ditetapkan oleh syariat islam,bagi mereka yang sudah biasa dengan kehidupan seorang wanita yang solehah maka tidak sukar baginya untuk melakukan syariat yang ditetapkan agama inilah,wanita-wanita syurga.Untuk menjadi solehah perlu dididik sejak zaman kanak-kanak disitulah bermula kehidupannya yang penuh keimanan yang tersemat disanubari,dihatinya,jiwanya,fikirannya hanya berserah kepada yang maha esa.

Tidak semestinya wanita yang tidak dididik menjadi wanita syurga akan berada jauh dari yang maha esa kerana yang maha esa lebih mengetahui setiap keadaan hambanya,disinilah permulaan kehidupannya akan diuji sekiranya mereka diberi hidayah dan petunjuk  maka mereka tergolong dikalangan wanita syurga,setiap manusia akan diuji jadi janganlah gentar wahai wanita kerana itu adalah tiket untuk ke syurga,jagalah agama dengan keimanan agar menjadi wanita syurga,



Hanya dengan keimanan seorang wanita akan memperolehi syurga,semua wanita deberikan syurga pilihan berdasarkan kepada ketaqwaanya.Keimanan kepada yang maha esa adalah paling utama,mentaati kedua ibubapanya adalah tanggungjawab yang wajib dilakukan selagi ia tidak bercanggah dengan agama dan sekiranya wanita itu sudah berkahwin tanggungjawabnya kepada suami adalah lebih wajib dituruti  daripada kedua ibubapanya dan inilah wanita syurga

No comments: