Wanita dilahirkan terlalu istimewa,mempunyai peribadi yang lemah lembut,tetapi disebalik kelembutan mengandungi semangat dan pengorbanan yang besar sebagai ibu dan isteri,kaum wanita juga turut menjadi pejuang didalam menegakkan agama,mengorbankan harta,nyawa dan darah untuk islam,seperti isteri nabi iaitu siti khadijah,sumayyah dan ramai lagi yang banyak melakukan pengorbanan demi menegakkan agama islam yang tercinta,pengorbanannya menjadi teladan sehingga kini,mereka yang kelihatan lemah diluaran mampu berdiri sebaris dengan pahlawan-pahlawan islam yang jauh lebih gagah tanpa ada rasa gentar walau sidikit pun,biarpun perjuangan itu menurut kemampuan mereka namun ganjaran yang dijanjikan Allah setanding dengan para syuhada.
Jangan hanya memandang kepada kelembutan tangan yang menghayun buaian tetapi lihatlah dan selami didalamnya mengandungi kekuatan hati, para hawa yang membisikkan ke telinga anaknya agar menjadi pahlawan dengan bisikan daripada ibunya si anak akan mengingatinya ia bersemi didalam hati dan menjadi seorang yang bersemangat kuat dan terciptalah sebuah harapan dan impiannya sebagai seorang pahlawan.
Kaum hawa berhak dilayan dengan sewajarnya bukan melukai kerana mereka telah banyak berkorban,pengorbanan mereka harus dihargai,bayangkan sekiranya dunia tanpa wanita dunia akan menjadi sepi ibarat laut tiada air atau ibarat pohon tanpa rendangnya dan sebagai seorang wanita haruslah menjaga agama kerana wanita yang baik adalah wanita yang menjaga agamanya,bukan setakat menghias diri,agar diperlihatkan kepada bukan mahramnya.
Marilah wahai wanita kita bangkit menjadi wanita yang dijanjikan Allah menjadi seperti srikandi para syuhada dengan kemampuan kita.
![]() |
| srikandi syurga srikandi syurga 2 |

No comments:
Post a Comment